NEWS FLASH
    THE RACE
    NEWS
News Clippings
Press Releases
    RESULTS
    CONTACTS
    HOME
Ministry Of Youth and Sports


Sanctioned by:
Union Cyclisté Internationale


Asian Cycling Confederation

Malaysian National Cycling Federation

 
News Clippings


Peringkat pendakian diubah
Kosmo! Online, 22/1/2008

NAIM (dua dari kanan) bersalaman dengan Penolong Naib Presiden Jabatan Korporat Genting Berhad, Kay Prakash selepas majlis penajaan semalam.

PERINGKAT pendakian Kejohanan Lumba Basikal berstatus Hors, Le Tour de Langkawi 2008 (LTdL08) terpaksa diubah atas alasan keselamatan dan kesesakan.

Demikian jelas Ketua Pegawai Operasi (CEO) LTdL 2008, Datuk Naim Mohamad semalam.

Jadual asal bagi peringkat pendakian perlumbaan itu telah ditetapkan menuju ke puncak Genting Highlands tetapi terpaksa diubah ke laluan baru iaitu dari Temerloh ke Bukit Fraser.

LTdL08 akan bermula pada 9 hingga 17 Februari.

Menurut Naim selepas membuat pertimbangan daripada maklum balas pelbagai pihak, pendakian dari Maran ke Genting Highlands terpaksa diubah dari Temerloh ke Bukit Fraser.

“Beberapa perkara telah diteliti kerana perlumbaan ini akan berlangsung semasa perayaan Tahun Baru Cina dan kesesakan bakal berlaku di laluan Genting Highlands. Jadi kami kami telah bersetuju untuk menukar laluan pendakian.

“Pelumba akan mendaki puncak Bukit Fraser pada hari kelapan dan perubahan ini juga dilakukan demi keselamatan para pelumba,” ujarnya pada majlis penyerahan tajaan dari Genting Berhad di Kuala Lumpur semalam.

Menurutnya, pada ketika itu, laluan ke Genting Highlands pasti sesak kerana perayaan Tahun Baru Cina.

“Musim tersebut merupakan musim paling sibuk di laluan Genting Highlands kerana ramai pengunjung akan pergi ke sana untuk bercuti.

“Kami juga sudah dimaklumkan mengenai perkara tersebut dan atas rasa berat hati kami terpaksa mengubah laluan pendakian pada perlumbaan tahun ini,” kata Naim.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Azalina Othman Said sudah dimaklumkan mengenai perubahan ini dan dia bersetuju.

Selain itu, Naim yang juga Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) mengakui pertukaran laluan ini lebih banyak memberi kebaikan kepada pelumba negara.

“Ia merupakan satu peluang besar bagi pelumba negara menunjukkan bakat kerana pendakian ini lebih mencabar,” ujarnya.

Pada perlumbaan kali ini, sebanyak 25 pasukan akan mengambil bahagian membabitkan sembilan peringkat sejauh 1377.4 kilometer.

Perlumbaan akan bermula di Alor Star, Kedah pada 9 Februari dan berakhir dengan acara kriterium di Kuala Lumpur pada 17 Februari.

Enam negeri terlibat dengan LTdL tahun ini iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Johor Baharu, dan Pahang.

<< BACK



For any media enquiries, kindly email your personal details to media@ltdl.com.my


 

© 2007 - 2008. All contents copyright © Kementerian Belia Dan Sukan. Website Developed by Creative Appetite