NEWS FLASH
    THE RACE
    NEWS
News Clippings
Press Releases
    RESULTS
    CONTACTS
    HOME
Ministry Of Youth and Sports


Sanctioned by:
Union Cyclisté Internationale


Asian Cycling Confederation

Malaysian National Cycling Federation

 
News Clippings


'Penganjur perlu buktikan kemampuan'
Berita Harian, 18/12/2007

PENGANJUR Le Tour de Langkawi (LTdL) 2008 diberi peringatan supaya memastikan penganjuran perlumbaan berbasikal berprestij negara yang memasuki edisi ke-13 pada 9 hingga 17 Februari depan, mampu memberi manfaat kepada sukan berkenaan.

Teguran itu dibuat Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Azalina Othman yang berkata, kementeriannya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas sekiranya penganjuran perlumbaan gagal mencapai objektif utamanya.

Azalina berkata, LTdL 2008 akan menjadi kayu pengukur sama ada jelajah berstatus Hors 2.0 dalam kalendar Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) itu berjaya mencapai matlamat atau sebaliknya.

"Mereka harus buktikan LTdL kali ini akan memberi manfaat kepada sukan itu kerana tujuan utama LTdL ialah untuk memperkembangkan sukan berbasikal dan industri pelancongan negara ini.

"Untuk dua tahun sebelum ini, penganjuran LTdL dipersoalkan rakyat dan kerana itu ia menjadi cabaran kepada penganjur untuk mengimbanginya antara sukan dan pelancongan.

"Ini adalah tahun kedua Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF) memainkan peranan utama dalam penganjuran LTdL, dan kini sudah kelihatan peningkatan pelumba negara tetapi mereka harus buktikan ia memberi faedah, jika tidak kami (kerajaan) akan mengambil tindakan yang mungkin tidak akan digemari sesetengah pihak," kata Azalina ketika sidang media pengumuman laluan LTdL 2008 di Putrajaya, semalam.

September lalu, Azalina mengumumkan penubuhan satu jawatankuasa penganjuran yang diketuai Pengerusi Panel Penasihat Sukan (SAP), Datuk Nik Mahmud Nik Yusoff dan Timbalan Presiden MNCF, Datuk Naim Muhammad sebagai Ketua Pegawai Operasi bagi melicinkan penganjuran perlumbaan itu.

Perlumbaan sembilan peringkat tahun depan yang dijangka tidak akan menelan belanja lebih RM25 juta, membabitkan 25 pasukan termasuk lima pasukan profesional ProTour, membabitkan jarak sejauh 1,381.5 kilometer.

Berbeza dengan edisi sebelum ini, peringkat LTdL 2008 akan bermula di Alor Setar ke Kulim pada 9 Februari diikuti Peringkat 2 dari Tapah ke Genting Highlands.

Seterusnya saingan akan membawa pelumba dari Lanchang-Cukai; Kuantan-Kuala Rompin; Rompin-Bandar Penawar; Bandar Penawar-Johor Bahru; Johor Bahru-Batu Pahat; Melaka-Seremban dan Peringkat 9 dari Seremban ke Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

<< BACK TO NEWS MAIN



For any media enquiries, kindly email your personal details to media@ltdl.com.my


© 2007 - 2008. All contents copyright © Kementerian Belia Dan Sukan. Website Developed by Creative Appetite