NEWS FLASH
    THE RACE
    NEWS
News Clippings
Press Releases
    RESULTS
    CONTACTS
    HOME
Ministry Of Youth and Sports


Sanctioned by:
Union Cyclisté Internationale


Asian Cycling Confederation

Malaysian National Cycling Federation

 
News Clippings


Serramenti PVC, Ivanov ungguli LTDL 2008
Utusan, 18/2/2008

KUALA LUMPUR – Serramenti PVC mengungguli Kejohanan Berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2008 apabila muncul pasukan terbaik manakala pelumbanya Ruslan Ivanov menyarung jersi kuning selaku juara individu keseluruhan.

Pada edisi lepas pasukan dari Venezuala yang dikenali sebagai Selle Italia Serramenti Diquigiovanni itu hanya mampu berada di tempat ketujuh keseluruhan manakala pelumba terbaiknya Jose Serpa Perez sekadar tempat kedua keseluruhan.

Pasukan profesional benua itu yang berpengkalan di Itali mencatatkan masa keseluruhan 94 jam 20 minit dan 36 saat (94’20:36s) pada sembilan hari saingan untuk menjadi pasukan terbaik manakala Ivanov melakukan 31’20:28s untuk menjadi pelumba terbaik pada kejohanan tahun ini.

“Sukar untuk menggambarkan perasaan saya kerana memenanginya tetapi semuanya kerana sokongan baik daripada pelumba-pelumba dan anggota-anggota lain dalam pasukan,” kata Ivanov kepada pemberita pada sidang akhbar selepas perlumbaan, semalam.

Ivanov berkata, beliau sangat berterima kasih kepada mereka kerana memberi peluang kepadanya untuk kembali beraksi dalam pasukan yang handal selepas dua tahun tanpa sebarang kontrak, dan membina kembali keyakinannya.

Pada perlumbaan peringkat kesembilan, semalam perlumbaan Kriterium Kuala Lumpur sejauh 73.7 km, pelumba CSF Grup Navigere, Mauro Abel Richeze muncul pemenang pada perlumbaan di sekitar bandaraya ini melibatkan 11 pusingan dengan masa 1’31:22s.

Kemenangan ini menebus kekecewaan pelumba itu yang sebelum ini dikatakan menjadi punca kemalangan di peringkat ketujuh dari Kuala Rompin ke Kuantan sehinggakan Alberto Loddo gagal meneruskan perlumbaan kerana kecederaan.

Sementara itu, pelumba Bouygues Telecom Aurlien Clerc mengekalkan jersi hijau (Raja Pecut) dengan 90 mata sekaligus mengecewakan harapan pelumba LeTua Anuar Manan di tempat ke dua dengan 62 mata.

Pelumba terbaik Asia (jersi biru) pula milik Shinichi Fukushima dari pasukan Meitan-Hampo-GDR dengan masa terkumpul 31’22:18s sekaligus membaiki pencapaiannya di tempat ketujuh tahun lepas.

Bagaimanapun, pasukan Meitan-Hampo- GDR gagal muncul juara kategori pasukan Asia apabila tewas kepada pasukan Seoul Cycling yang mencatatkan masa keseluruhan 94’49:05s, perbezaan 2:54s.

Pasukan Malaysia pula di tempat ketiga manakala dua lagi wakil negara iaitu LeTua dan pasukan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) masing-masing di tempat keenam dan kesembilan pasukan Asia. Ng Yong Li yang mewakili pasukan Meitan-Hampo-GDR muncul sebagai pelumba terbaik negara di tempat ke-36 secara keseluruhan.

<< BACK



For any media enquiries, kindly email your personal details to media@ltdl.com.my


 

© 2007 - 2008. All contents copyright © Kementerian Belia Dan Sukan. Website Developed by Creative Appetite