NEWS FLASH
    THE RACE
    NEWS
News Clippings
Press Releases
    RESULTS
    CONTACTS
    HOME
Ministry Of Youth and Sports


Sanctioned by:
Union Cyclisté Internationale


Asian Cycling Confederation

Malaysian National Cycling Federation

 
Press Releases


Meitan Hompo sasar juara Asia
Utusan Online, 5/2/2008

KUALA LUMPUR – Pasukan Meitan Hompo GDR yang diperkuatkan dua pelumba adik beradik, Shinichi dan Koji Fukushima berhasrat untuk menguasai kategori individu Asia pada saingan Le Tour de Langkawi (LTdL) tahun ini.

Selain dua pelumba Jepun itu, pasukan Meitan Hompo GDR turut diperkuatkan seorang pelumba dari Malaysia, Ng Yong Li.

Shinichi yang merupakan ketua pasukan itu berkata, adalah menjadi harapannya agar sasaran itu mampu tercapai apatah lagi menerusi bantuan daripada Yong Li.

“Selain kami dan beberapa pelumba Jepun lain, saya percaya Yong Li juga berpeluang untuk muncul juara Asia kali ini.

“Sebelum ini, Yong Li juga ada berkata dia mahu menamatkan perlumbaan dengan berada dalam kelompok lima teratas keseluruhan Asia sahaja.

“Tetapi saya menegaskan padanya, kenapa tidak dia menumpukan perhatian terus untuk muncul juara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penajaan oleh 100PLUS selaku minuman isotonik rasmi LTdL 2008 di sini, semalam.

Ketua Pegawai Operasi LTdL, Datuk Naim Mohamad menerima penajaan itu daripada Pengurus Komunikasi Korporat F&N Coca Cola (M) Sdn. Bhd., Datuk Kamal Harun.

Edisi ke-13 LTdL akan bermula dengan peringkat pertama pada Sabtu ini dari Alor Star ke Kepala Batas sejauh 182.9km.

Sebanyak sembilan peringkat perlumbaan kesemuanya akan dilalui 150 pelumba daripada 25 pasukan yang mengambil bahagian.

Sementara itu, Koji yang pernah muncul juara satu peringkat pada 2005 berazam untuk lebih menggegar kali ini.

“Kami menjalani latihan di Thailand untuk menghadapi LTdL kali ini. Sudah tentu Bukit Fraser merupakan laluan baru yang perlu diberi perhatian,” katanya.

Bagi Yong Li pula yang menyertai pasukan ini daripada kelab Portugal, Vitoria ASC, dia akan menggunakan pengalamannya ketika beraksi di Eropah tahun lalu untuk mencipta pencapaian lebih baik.

“Saya harap dapat membantu pasukan baru saya ini memperoleh kejayaan yang lebih baik tahun ini,” kata pelumba berusia 22 tahun itu.

<< BACK



For any media enquiries, kindly email your personal details to media@ltdl.com.my


 

© 2007 - 2008. All contents copyright © Kementerian Belia Dan Sukan. Website Developed by Creative Appetite