NEWS FLASH
    THE RACE
    NEWS
    RESULTS
    CONTACTS
    HOME
Ministry Of Youth and Sports


Sanctioned by:
Union Cyclisté Internationale


Asian Cycling Confederation

Malaysian National Cycling Federation

 
From the COO's Desk

Ucapan Aluan Datuk Naim Mohamad
Ketua Pegawai Operasi,
Le Tour de Langkawi 2008

Diacara pelancaran logo, Imej, Laman Web dan Urusetia LTdL 2008.

Kita bersyukur kehadhirat ALLAH swt kerana pada petang yang berbahagia ini dapat kita berkumpul untuk meraikan satu upacara yang mempunyai penoh makna kepada permulaan kerja kerja untuk melaksanakan Le Tour de Langkawi 2008.

Kita berterima kasih kepada YB Dato’ Seri Hjh Azalina bte Dato Othman Said, Menteri Belia dan Sukan Malaysia kerana walaupun sibuk dengan urusan Negara dan kesuntukkan masa dapat juga meluangkan beberapa ketika untuk bersama sama kita melihat dengan sendiri persiapan kearah menjayakan Le Tour de Langkawi 2008.

Le Tour de Langkawi merupakan lambang perpaduan rakyat berbilang kaum dan ugama Malaysia, ia juga melambangkan salah satu dari program pembangunan sukan, satu lambang kecekapan pengurusan dan penganjuran. Lambang penguasaan dan penggunaan teknologi dan sains. Lambang kesungguhan rakyat yang berusaha untuk menuju kearah Negara maju, lambang kekayaan warisan budaya Negara. Lambang keindahan Negara dan tanah air kita yang tercinta. Lambang ketata susilaan bangsa dengan keluhuran perlembagaan yang taat setia kepada Raja dan Negara. Lambang permuafakatan antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Kerajaan Negeri. Lambang pembabitan pihak swasta didalam menjayakan program Kerajaan. Lambang kerjasama dari ajensi ajensi Kerajaan dan Syarikat Syarikat Kerajaan. Lambang yang mempamerkan persaingan hebat, ketahanan, kesabaran, ketekunan dan perjuangan yang jitu Lambang kecermelangan, kegemilangan dan keterbilangan. Sesunggoh nya ia adalah lambang kepada segala lambang.

Le Tour de Langkawi merupakan the “melting pot” of the EAST and the WEST. Disini lah dimana gergasi berbasikal Barat (Eropah, Amerika, Oceania) diadunkan dengan pelumba pelumba dari Asia Timur, Timur Tengah dan Benua Afrika berlumba untuk merebut takhta kejohanan berbasikal yang terbesar di ASIA dan diantara kelima yang terbesar di Dunia.

Selama 12 tahun Le Tour de Langkawi telah memperomosikan dan mengharumkan Negara ke serata Dunia. Objektif ini akan diteruskan pada tahun hadapan tapi dengan penambahan nilai kepada penyertaan akar umbi dan keuntungan kepada masyarakat satempat. Penglibatan rakyat jelata akan dilipat gandakan melalui program program sampingan dan juga carnival Le Tour. Kegiatan ekonomi akan dapat dicetuskan di sepanjang venue mula dan tamat dan pelbagai aktibiti yang melibatkan pelbagai peringkat umur akan dilaksanakan. Sudah sampai masa nya Le Tour de Langkawi bukan sahaja menguntungkan Negara tetapi juga rakyat nya.

Pada tahun tahun 2005 dan 2006, Le Tour de Langkawi mengalami satu zaman yang sangat mencemaskan. Kalau tidak kerana tindakan berani seorang pemimpin yang mempunyai pandangan jauh dan juga berwawasan, perlumbaan ini tidak akan dapat dilaksanakan pada tahun ini. Sudah tentu Le Tour de Langkawi akan terkubur dan sukan berbasikal Negara akan turut mati bersama nya.

Bagi pihak pimpinan Persekutuan Berbasikal Malaysia dan keluarga Le Tour de Langkawi dan juga pencinta berbasikal seluruh dunia, kami ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pemimpin ini dan Kerajaan Malaysia yang telah menghembuskan nafas baru untuk terus menganjurkan Le Tour de Langkawi demi untuk pembangunan berbasikal di rantau ASIA ini.

Kita berasa bertuah kerana pemimpin itu ada bersama kita pada petang ini dan beliau adalah tidak lain dari Menteri Belia dan Sukan kita yang kita hormati dan kasehi. Pemimpin yang dinamik dan bertanggongjawab yang dapat menilai dengan tepat bahawa sesuatu yang baik untuk Negara perlu diberi perhatian dan bantuan yang saksama. Le Tour de Langkawi telah berbakti kepada Negara dan dimasa ia senak, sakit dan memerlukan perhatian, Kerajaan tampil untuk memberikan ia satu penghidupan yang baru. Terima kasih YB Dato’ Seri Hjh Azalina Dato’ Othman Said.

Di bawah pimpinan Y Bhg Dato Nik Mahmud Nik Yusuf sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penganjur dan ahli ahli Jawatankuasa yang kaya dengan pengalaman, insya ALLAH Le Tour de Langkawi 2008 akan menjadi program yang lebih hebat dari tahun tahun yang lepas.

Sekali lagi saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan majlis pelancaran ini dan kepada pihak penaja dan warga kerja LTdL yang akan bertungkus lumus mula dari saat ini untuk berkorban masa dan tenaga bagi menjayakan Le Tour de Langkawi 2008 saya doakan kesihatan mereka dan semuga kita bersama sama akan dapat gemilangkan nya.

Terima kasih.

Datuk Naim Mohamad
5hb Disember, 2007

| BACK TO MAIN |

 

SIDE EVENT
Complete informations such as side event schedule, location, time, games, contest can be found here.


© 2007 - 2008. All contents copyright © Kementerian Belia Dan Sukan. Website Developed by Creative Appetite