NEWS FLASH
    THE RACE
    NEWS
    RESULTS
    CONTACTS
    HOME
Ministry Of Youth and Sports


Sanctioned by:
Union Cyclisté Internationale


Asian Cycling Confederation

Malaysian National Cycling Federation

 
From the COO's Desk

Temuduga KOSMO dengan Datuk Naim Mohamad

1. Bagaimana dengan perkembangan LTdL 2008 setakat ini?

Semua persiapan dan perlaksanaan untuk menjayakan Le Tour de Langkawi 2008 sedang berjalan dengan lancar. Ibu Pejabat sekarang begitu sibuk dengan persiapan mengesahkan jadual penerbangan pasukan pasukan dan juga pegawai pegawai antarabangsa termasuk krew television luar negara dan juga wartawan asing yang akan datang untuk membuat liputan mengenai perlumbaan ini. Pihak teknikal juga sedang mengemaskini kelengkapan dan juga peralatan yang diperlukan dan prasarana yang perlu di sediakan untuk perlumbaan ini berjalan tanpa masaalah. Bahagian Hotel sudah didalam peringkat terakhir untuk menyediakan panduan penginapan bagi semua peserta dan juga sukarelawan. Pihak protokol sedang menghadiri mesyuarat mesyuarat jawatankuasa penyelarasan di peringkat Negeri dan Daerah bersama sama dengan bahagian acara sampingan. Bahagian media sedang sibuk menguruskan tempat tempat pusat media di setiap venue dan lokasi bermula dan tamat. Bahagian acara sampingan juga dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan sedang mengatur acara acara yang akan melibatkan penyertaan rakyat disepanjang laluan LTDL 2008 ini.

2. Apa sebenarnya yang berlaku sehingga menyebabkan laluan LTdL 2008 diubah sebanyak empat kali?

Pada tahun lepas, kita telah bermula di Langkawi dan melalui Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Trengganu, Pahang, Selangor, Negri Sembilan dan berahir di Kuala Lumpur. Laluan ini melibatkan terlalu banyak “transfer” dan pasukan banyak telah memberikan pandangan agar pada masa akan dating kita cuba elakkan.

Oleh kerana kita telah ke Utara dan Pantai Timur, maka pada tahun ini kita memilih Kawasan selatan dan tengah. Laluan akan melibatkan Negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Kuala Lumpur. Apabila ini telah dicadangkan, kita terpaksa memikirkan pula bahawa tahun ini merupakan tahun Melawat Trengganu dan juga tahun Melawat Kedah. Bagaimana kah negeri negeri ini akan dapat diperomosikan melalui Le Tour de Langkawi. Jadi satu laluan telah dicadangakan yang merangkumi Kedah dan Trengganu dan juga mengambil kira kawasan Selatan tanah air. Tapi laluan ini melibatkan “transfer” yang terlalu jauh. Ini disebabkan ada tempat tempat yang kami tidak dapat tempat penginapan kerana bertembung dengan Tahun Baru China

Pada akhirnya kami telah bersetuju kepada laluan yang akan dapat memperomosikan Malaysia melalui agenda nasional yang hendak diketengahkan dengan mengambil kira program tahun melawat Malaysia yang telah dipanjangkan sehingga bulan Ogos, 2008 dan juga program program Kerajaan yang besar saperti Kawasan Ekonomi Koridor Utara (NCER), Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) dan juga Wilayah Pembangunan Ekonomi Pantai Timur (ECER).

Kita juga secara langsung akan dapat mempamerkan kawasan kawasan pantai yang indah, dari Penang ke Lumut ke Banting ke Port Dickson dan Batu Pahat disebelah barat. Di sebelah Timur kita melalui Bandar Penawar (Desaru), Tg Sedili, Mersing, Kuala Rompin, Pekan dan Kuantan.

Didalam melaksanakan program ini kita mengambil kira pandangan Kerajaan yang ingin melibatkan Kerajaan Kerajaan Negeri membantu dan menyokong membiayai perlaksanaan program memperomosi Negara melalui acara sukan ini. Dalam masa yang begitu singkat, semua nya ini perlu dirundingkan dan mendapat kata sepakat yang sudah sememangnya tidak mudah hendak dilaksanakan.

Setelah kita selesai mencadangkan laluan, Stage 8 ia itu laluan Maran ke puncak Genting telah menimbulkan masaalah. Daripada pandangan pihak Pengurusan Genting boleh dilaksanakan, tetapi dari sudut Operasi Genting, mereka hanya boleh memberi kita satu lane saja untuk naik ke atas dan itu pun hanya ke Gotong Jaya tidak saperti tahun tahun lepas dimana keseluruhan jalan telah ditutup. Dengan keramaian pengunjung yang dianggarkan 150,000 orang dan berpuloh ribu kenderaan yang akan berada di tempat peranginan itu, maka ini akan membahayakan para pelumba dan juga kepada para pengunjung. Kita tidak boleh mengabaikan keselamatan pelumba dan juga orang ramai. Dan oleh kerana penamat di Gotong Jaya itu tidak merupakan satu cabaran yang sengit, maka pihak Teknikal telah bersetuju untuk mencadangakan penamat dipuncak Fraser yang walau pun tidak sehebat Genting tetapi cukup mencabar untuk menjaga status Hors Classe yang telah dinobatkan kepada LTDL.

3. Genting Highlands yang menjadi mercu tanda LTdL sejak 12 tahun lalu tidak disenaraikan dalam edisi tahun ini. Mengapa ia berlaku?

Ini saya telah terangkan dengan panjang lebar dalam menjawab soalan yang terdahulu, didalam mana mana kejohanan atau pun perlumbaan, laluan itu bukan lah satu perkara yang tetap. Yang penting ia lah laluan itu mempunyai criteria kesukanan yang akan memberikan peluang kepada para peserta menguji kehandalan dan kecekapan serta kekuatan mereka. Biar lah kita uji Fraser’s Hill pada kali ini dan dapatkan maklum balas dari semua pihak salepas itu.

4. Adakah penguguran Genting Highlands ini akan memburukkan imej LTdL pada masa hadapan?

Sudah tentu ini merupakan satu kejutan. Maanusia memang sudah lali dengan keadaan tradisional dan amalan sedia kala. Jadi apabila sesuatu perubahan diketengahkan maka sudah tentu ada reaksi mereka. Perubahan kepada laluan Genting Highlands tidak akan menjejaskan nama baik LTDL.

Nama baik LTDL bukan bergantung kepada lauan semata mata atau khususnya Genting sahaja. Imej LTDL ialah semua perkara yang melibatkan penganjuran, laluan, hadiah, kepegawaian, promosi, persediaan prasarana, kemudahan kemudahan, sambutan, liputan media dan sudah tentu banyak lagi perkara yang diambil kira untuk menentukan sama ada LTDL menepati status Hors Classe nya.

5. Bagaimana dengan reaksi pasukan dan pelumba selepas mengatahui Genting Highlands digugurkan daripada perlumbaan tahun ini?

Ramai peminat yang telah menghubungi saya untuk memaklumkan bahawa mereka berasa kecewa, kita pun kecewa. Tetapi kekecewaan kita tidak lah sepenting dan seberat keselamatan orang ramai termasuk pelumba dan juga untuk menjaga supaya status Hors Classe ini tidak akan lucutkan kerana kita tidak menjamin keselamatan laluan untuk pelumba dan orang ramai. Mereka saya minta berlaku adil untuk memberikan peluang kita mempamerkan keindahan lain lain kawasan peranginan tinggi yang ada di Malaysia ini.

6. Bagaimana pula dengan reaksi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta penaja-penaja yang lain.

Jawatankuasa Penganjur telah meneliti cadangan pihak Pengurusan dan juga bahagian Teknikal dan telah menerima nya dengan berat hati. Kita tak ada pilihan sebenarnya. Di Stage 7 kita sudah berada di Kuantan. Bukit yang tinggi yang boleh dipilih ialah Cameron Highlands. Nak sampai ke Cameron Highlands tanpa melibatkan ”transfer” yang boleh diterima oleh pelumba pelumba adalah satu perkara yang kita telah timbangkan.

7. Bermula dengan 12 peringkat, peringkat LTdL dikurangkan kepada 9 tahun ini dan ia mungkin menjadi 7 atau 8 tahun depan. Mengapa ia berlaku?

Ini semua bergantung kepada keupayaan. Kail sejengkal jangan lah menduga lautan dalam. Jika dibiayai oleh pihak persendirian atau penaja boleh lah ada seberapa banyak peringkat yang mampu. Tetapi apabila kita membelanjakan wang rakyat, kita perlu mengira pulangan nya kepada negara dan rakyat. Kalau lapan peringkat telah memadai untuk mencapai tujuan dan objektif memperomosikan negara, memasarkan destinasi pelancongan dan juga membangunkan sukan berbasikal negara, maka sudah tentu ini akan memberikan menafaat dan keuntungan yang lebih kepada pelaburan Kerajaan. Pulangan yang setimpal diatas segala pelaburan yang dibuat menjadi kriteria penting saya didalam melaksanakan tugas dan tanggongjawab ini kerana saya akan diukur dari segi pencapaian nya kelak. Bagaimana program ini akan dapat membangkitkan semangat perpaduan penduduk berbilang kaum, penyertaan dan keuntungan kepada masyarakat akar umbi, penjanaan pendapatan kepada masyarakat pedagang setempat, menambah nilai, menambah ilmu dan juga memperhebat kaedah sistem penyampaian khidmat.

8. Setakat ini, saya difahamkan masih banyak pasukan belum mengesahkan penyertaan sedangkan hari perlumbaan semakin hampir. Adakah benar dan mengapa?

Saya tidak tahu dimana saudara mendapat maklumat itu, tapi maklumat itu tidak benar. Semua pasukan telah dihubungi, semua pasukan juga telah sahkan penyertaan mereka mengikut peraturan UCI, kita dah hantar ”enrolment form” kepada mereka dan semua nya sudah pulangkan ”enrolment form” mereka saperti yang dikehendakki ia itu 20 hari sebelum tarikh mula perlumbaan. Tetapi kita tak dapat menerima semua pasukan yang hendak menyertai LTDL kali ini, kita terpaksa menolak pasukan pasukan dari Canada, England, Belgium dan Poland yang hendak turut serta.

9. Meskipun ditaja sepenuhnya oleh kerajaan, edisi tahun ini dilihat mengalami kesukaran dari segi pengurusan dan sokongan pihak-pihak tertentu. Apa pendapat Datuk?

Sebaik mungkin, Penganjuran LTDL ini setiap tahun diputuskan awal sama ada hendak di usahakan oleh Kerajaan atau pihak Swasta atau kerjasama antara Kerajaan dan Swasta. Sebaik baik nya, perancangan dan persediaan dilakukan apabila LTDL selesai ia itu bermula dari bulan March lagi. Supaya laluan akan dapat dirundingkan dengan pihak berkuasa tempatan dan juga negeri negeri supaya bantuan dan pembiayaan negeri akan dapat dimasukkan didalam belanjawan negeri yang diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri biasanya dalam bulan September. Cadangan penajaan juga perlu dirundingkan dengan pihak penaja awal supaya sebelum mereka memperincikan belanjawan A & P dan Peromosi mereka untuk tahun mendatang, program LTDL ini akan dapat diselitkan dalam budget mereka. Pasukan pasukan terkemuka dunia juga perlu diundang awal sebelum mereka membuat perancangan latihan dan jadual pertandingan mereka.

Betul lah saya berjaya melaksanakan nya dalam tempoh tiga bulan pada tahun lepas dan terpaksa bekerja dua puloh empat jam. Nak menjayakan program sebesar ini dengan diberikan masa dua atau tiga bulan bukan nya mustahil, insya ALLAH boleh diusahakan. Tetapi banyak lah karenah nya, banyak juga lah masaalah nya. Saya bersyukur dan terima kasih kepada YB Menteri Belia dan Sukan kerana telah memberikan kepercayaan kepada saya untuk berkhidmat kepada Negara dan rakyat Malaysia melalui program ini. Sudah tentu nampaknya macam banyak perkara yang belum selesai, tetapi semua nya dalam keadaan terkawal dan mengikuti jadual perlaksanaan rajah kritikal (critical path) yang telah disediakan. Ini semua dengan berkat dan kerjasama semua pihak dan pengorbanan masa dan tenaga yang luar biasa dari rakan rakan pengurusan saya. Pihak media juga memainkan peranan yang tidak kurang penting nya untuk melaporkan perkembangan dan juga penutupan jalan dan berita berita LTDL.

10. Akhir sekali, apa harapan Datuk pada LTdL 2008 dan masa depan perlumbaan ini?

Alhamdullilah dengan berkat kerjasama semua pihak, nampaknya segala yang dirancang dan diatur akan dapat dilaksanakan dengan jaya nya walau pun ada masa masa yang mencemaskan, tetapi dengan berkat kesefahaman semua pihak, masaalah masaalah yang timbul dapat diselesaikan dengan baik. Sudah tentu ada banyak lagi masaalah yang akan timbul yang perlu diselesaikan. Kita akan berusaha sebaik mungkin dan melangkah kehadapan tapak demi tapak dengan berhati hati.

LTDL baik untuk Negara dan pembangunan sukan berbasikal Malaysia. Ia harus diteruskan untuk memperomosi Negara. Apa yang kita boleh tambah yang sedang kita usahakan pada tahun ini adalah bagaimana ia akan dapat menguntungkan masyarakat setempat dan orang ramai. Perpaduan ada lah penting bagi sesebuah Negara. Bagaimana program ini akan dapat menyemai semangat perpaduan dan menjana pertumbuhan ekonomi akan menjadi cabaran LTDL dimasa masa mendatang. Hasil dari LTDL didalam penglibatan pelumba pelumba Negara dengan pasukan pasukan diseluroh Dunia telah mencapai satu tahap yang memuaskan, ini perlu diperhebatkan lagi. Nama Negara telah terjejas kerana kegagalan LTDL pada tahun 2005 dan 2006, tetapi nama baik Negara telah dapat dipulihkan diatas kejayaan penganjuran LTDL 2007. LTDL 2008 diharap akan dapat menjulang nama Negara kearah kegemilangan.

| BACK TO MAIN |

 

SIDE EVENT
Complete informations such as side event schedule, location, time, games, contest can be found here.


© 2007 - 2008. All contents copyright © Kementerian Belia Dan Sukan. Website Developed by Creative Appetite