Proton terus setia dengan LTdL
24/02/2010, KOSMO
PROTON
Holdings Berhad terus setia bersama kejohanan lumba basikal
Le Tour de Langkawi (LTdL).
Semalam
syarikat automobil nasional itu menghulu sokongan besar terhadap
penganjuran LTdL 2010 apabila tampil menjadi kende- raan rasmi
perlumbaan yang akan memasuki edisi ke- 15 pada 1 hingga 7
Mac depan.
Bagi saingan
tahun ini Proton Hol- dings Berhad akan menyediakan 180 unit
kereta Proton pelbagai model untuk digunakan pegawai perlumbaan,
pengurusan pasu- kan dan petugas sepanjang tujuh peringkat
LTdL 2010.
Untuk
menghangatkan lagi saingan kejohanan ini yang akan bermula
di Kota Bharu Isnin depan, Proton menaja Jersi Biru untuk
kategori Pelumba Terbaik Asia.
Selain
itu, pengeluar kereta nasional tersebut turut menyumbang baju-T
dan topi untuk digunakan pegawai perlumbaan selain booth pameran
di lokasi permulaan dan penamat serta cenderamata yang akan
diagihkan kepada penonton pada perarakan Calvacade.
Dengan
deretan kereta Proton pelbagai model di sepanjang lokasi dan
laluan yang akan ditempuh pada perlumbaan kali ini, tradisi
penglibatan Proton dengan LTdL membuktikan kerjasama erat
kedua- dua pihak untuk menjayakan LTdL sejak sekian lama hingga
jelajah itu mencapai status tertinggi 2 HC ketika ini.
Ketua
Pegawai Kewangan Proton Holding Sdn. Bhd., Azhar Othman menyerahkan
penajaan tersebut di Pusat Kecemerlangan Proton di Shah Alam
semalam.
Turut
hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif LTDL 2010, Mohamed Salleh
dan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM),
Abu Samah Wahab.
Dalam
ucapannya, Azhar berkata, penajaan Proton untuk LTdL membuktikan
syarikat pengeluar kereta nasional itu menyokong agenda sukan
peringkat antarabangsa di negara ini.
Menurut
beliau, ini kerana ia turut membolehkan Proton mendapat faedah
menerusi pengiklanan secara langsung kepada masyarakat di
sepanjang laluan yang digunakan pelumba dan masyarakat antarabangsa
serta pelancong yang menyaksikan siaran tersebut di kaca televisyen.
"Situasi
'menang-menang' ini jugalah yang membuatkan Proton terus memilih
LTdL sebagai antara keutamaannya setiap tahun.
"Proton
amat berharap Jersi Biru tajaan kami bagi kategori Pelumba
Terbaik Asia akan menambah cabaran dalam perlumbaan ini,"
kata Azhar.
<<
Back to Main |