CEO LTdL 2010 cabar pelumba
21/02/2010, KOSMO
"HENDAK
seribu daya, tak hendak seribu dalih."
Itu
kata-kata yang diberikan kepada skuad elit lumba basikal negara
yang akan menyertai Kejohanan Lumba Basikal Le Tour de Langkawi
(LTdL) 2010 pada 1 hingga 7 Mac depan.
Ketua
Pegawai Eksekutif (CEO) LTdL 2010, Mohamed Salleh berkata,
beliau yakin dengan kemampuan skuad negara pada perlumbaan
berstatus Hors itu yang memasuki edisi ke-15 tahun ini.
"Meskipun
saya baru bercakap dengan William Walker (pengarah strategi
perlumbaan), saya yakin dengan kemampuan dan perancangan yang
akan dilakukan pada LTdL 2010 nanti.
"Selain
itu, saya juga sudah berjumpa dengan barisan pelumba dan mereka
berjanji akan melakukan sesuatu," katanya kepada pemberita
selepas meninjau persiapan skuad negara, semalam.
Turut
hadir Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia
(PKBM), Abu Samah Wahab.
Menurut
Mohamed, sebelum pelumba memulakan sesi latihan rutin pagi
semalam, beliau sempat bertemu dengan mereka dan memberi kata-kata
semangat.
Selain
itu, beliau juga berjanji untuk memberi penghargaan sekiranya
mereka berjaya mencapai kejayaan pada perlumbaan itu.
Jelasnya,
dari segi moral, barisan pelumba negara telah bersedia dan
apa yang penting adalah kemahuan mereka sendiri untuk mencapai
kejayaan.
Bagaimanapun,
pelumba diberi ingatan supaya tidak terlalu mengharapkan ganjaran,
sebaliknya biar Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang memikirkan
perkara itu.
"Saya
ada berjanji dengan Suhardi (Hassan) yang saya akan memeluknya
di atas podium jika dia menang."
Pada
masa yang sama, Mohamed berkata, semua persiapan bagi menghadapi
perlumbaan itu berjalan lancar dan mengikut jadual.
"Kita
hanya menunggu masa untuk menjayakan perlumbaan itu, segala-galanya
sudah siap," katanya.
Menurutnya,
mereka juga menjalin kerjasama yang baik dengan semua pihak
yang terbabit termasuk kerajaan-kerajaan negeri yang sentiasa
bersedia memberikan sokongan.
Sementara
itu, Abu Samah ketika diminta mengulas mengenai sasaran menamatkan
saingan di tempat ke-12 berkata, ia lebih realistik untuk
edisi tahun depan.
"Kita
harus faham, Walker baru sahaja melatih pelumba negara kira-kira
dua minggu.
"Beliau
memerlukan masa yang lebih panjang tetapi berdasarkan kepada
keadaan semasa (latihan), sasaran tempat ke-12 yang ditetapkan
oleh ketua jurulatih, John Beasley mungkin boleh dicapai.
<<
Back to Main |