NEWS CLIPPING


LTdL 2010 saji kelainan
13/11/2009, KOSMO

EDISI ke-15 Kejohanan Lumba Basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2010 bakal menjanjikan kelainan.

Perlumbaan yang akan berlangsung dari 1 hingga 7 Mac itu membabitkan tujuh peringkat dengan jarak keselu- ruhan sejauh 1,001.8 kilometer merentasi tujuh negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor serta dua Wilayah Persekutuan (Putrajaya dan Kuala Lumpur).

Pemilihan laluan kali ini membabit- kan 13 tempat termasuk satu tempat baru dalam sejarah penganjuran LTdL iaitu Parit Sulong di Johor.

Laluan yang dianggap mencabar apabila pelumba akan berkayuh menentang tiupan angin Laut China Selatan terutama pada Peringkat 2 (Kuala Terengganu, Terengganu ke Chukai, Terengganu) dan Peringkat 3 (Pekan, Pahang ke Mersing, Johor).

Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Datuk Mohd. Yasin Mohd. Salleh berkata, kejohanan berstatus hors itu akan dianjurkan oleh KBS dengan kerjasama Perseku- tuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM).

Menurut Mohd. Yasin, penganjuran kejohanan seumpama itu bukan sahaja dapat mempertingkatkan kemajuan sukan di negara ini, malah menyumbang kepada penjanaan ekonomi menerusi sektor pelancongan.

"Penganjuran LTdL tetap tidak lari daripada matlamat asal iaitu mempromosikan Malaysia dan menggalakkan pelancongan menerusi acara sukan yang dianjurkan," kata beliau pada sidang media selepas pelancaran laluan LTdL 2010 di Putrajaya semalam.

Mohd. Yasin berkata, sebanyak RM10 juta telah diperuntukkan untuk penganjuran LTdL 2010 berbanding RM11.7 juta pada edisi 2009.

"Penglibatan KBS selaku penganjur LTdL pada tahun depan bagi menjadikan penganjuran sukan sebagai industri yang dapat menyumbang kepada pendapatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada masa depan.

"Selain itu, ia juga selaras dengan hasrat menjadikan tahun 2011 sebagai Tahun Industri Sukan Negara," kata- nya.

Selain tiga pasukan tempatan, seba- nyak 17 buah pasukan antarabangsa terdiri daripada tiga pasukan ProTour, Pro-Continental (lima), Continental (lima) dan pasukan kebangsaan luar negara (4) telah mengesahkan penyertaan pada LTdL 2010.

"Sebanyak 17 pasukan (antarabangsa) telah pun mengesahkan penyertaan dan kita terpaksa memilih mengikut garis panduan yang telah ditetapkan walaupun mendapat sambutan daripada banyak pasukan," tambah Mohd. Yasin.

<< Back to Main

WE SUPPORT

MEDIA ENQUIRY
For any media enquiries, kindly email to media@ltdl.com.my