Kelainan untuk LTdL 2010
12/12/2009, KOSMO
 |
| MOHAMED
SALLEH (kiri) telah membuat beberapa perubahan untuk merancakkan
lagi saingan LTdL 2010. |
PENENTUAN
untuk semua gelaran utama bagi Kejohanan Lumba Basikal Le
Tour de Langkawi (LTdL) 2010 dijangka akan diketa- hui pada
perlumbaan terakhir iaitu peringkat ketujuh dari Kuala Kubu
Bharu ke Dataran Merdeka.
Ini
kerana buat pertama kalinya, perlumbaan LTdL edisi ke-15 yang
dijadualkan berlangsung dari 1 hingga 7 Mac tahun depan itu
akan menawarkan mata pecutan dan pendakian di semua tujuh
peringkat perlumbaan.
Ia
adalah untuk membolehkan pelumba-pelumba bersaing sengit mengutip
mata pada setiap peringkat bagi memenangi kategori-kategori
yang dipertandingkan seperti individu keseluruhan, raja pecut,
raja bukit, pasukan terbaik, pelumba terbaik Asia dan pasukan
terbaik Asia.
Ketua
Pegawai Eksekutif (CEO) LTdL 2010, Mohamed Salleh berkata,
pada edisi-edisi sebelum ini, juara untuk individu keseluruhan
dan raja bukit ditentukan apabila tamat peringkat pendakian
kategori Hors di Genting Highlands walaupun perlumbaan masih
berbaki satu atau dua peringkat lagi.
"LTdL
2010 pula menjanjikan semua gela- ran dimuktamadkan pada peringkat
terakhir setelah laluan tradisi iaitu kriterium Kuala Lumpur
diubah untuk bermula di Kuala Kubu Bharu," katanya di
dalam satu kenyataan semalam.
Mohamed
berkata, dengan adanya mata pecutan dan pendakian pada setiap
peringkat perlumbaan, ia akan merancakkan lagi saingan.
Perkara
itu turut mendapat gambaran positif daripada Presiden Persekutuan
Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Abu Samah Abdul Wahab.
"Dari
segi teknikal, laluan seperti inilah yang digemari pelumba
kerana ia memberi- kan cabaran kepada kemampuan mereka selain
perlu lebih bijak memilih matlamat untuk bergelar pemenang
peringkat, raja pecut atau raja bukit pada setiap peringkat
perlumbaan.
"Hanya
pelumba dan pasukan yang bijak menyusun strategi dan taktik
perlumbaan dari awal hingga akhir sahaja bakal dinobat- kan
juara keseluruhan di akhir perlumbaan nanti," katanya.
Beliau
juga tidak menafikan bahawa laluan itu akan memberikan kelebihan
kepada pelumba tempatan untuk memberikan saingan yang lebih
bermakna dalam perlumbaan LTdL.
"Prestasi
pelumba-pelumba negara semakin matang dan tidak mustahil pada
lima pe- ringkat pertama mereka akan membuat keju- tan kerana
laluan seperti ini jelas memberikan kelebihan, seperti yang
ditunjukkan dalam pe- nampilan kemenangan mereka di beberapa
perlumbaan dalam dan luar negara sepanjang tahun ini,"
katanya.
Perlumbaan
LTdL 2010 akan bermula di Kota Bharu, Kelantan merentasi Terengganu,
Pahang, Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Putrajaya, Selangor
dan berakhir di Dataran Merdeka sejauh 1,001.8 kilometer.
<<
Back to Main |