Penantian berakhir
06/03/2010, HARIAN METRO
BUMI
Port Dickson menyaksikan sejarah tercatat dalam siri perlumbaan
Le Tour de Langkawi (LTdL) apabila penantian 15 tahun untuk
melihat pelumba negara melakar kemenangan peringkat buat kali
pertama dalam sejarah penganjuran LTdL ditamatkan menerusi
Anuar Manan yang menaiki podium sebagai juara peringkat kelima.
Lebih manis laluan peringkat kelima sejauh 111.5 kilometer
dari Muar ke Port Dickson itu turut menyaksikan Anuar kembali
merampas jersi impiannya iaitu jersi Hijau (Raja Pecut) daripada
pesaing utama, Michael Matthews dari Jayco-Skin sambil terus
gah menguasai jersi Biru (pendahulu pelumba Asia).
Begitupun
dua jersi utama iaitu kuning dan Polka Dot (Raja Bukit) masih
tidak berubah dengan pelumba Jerman yang mewakili Tabriz Petrochemical,
Tobias Erler masih kekal menyarung jersi Kuning dengan kelebihan
enam saat manakala Peter McDonald (Drapac Porcshe) mengumpul
11 mata.
Anuar
menamatkan penantian rakyat Malaysia yang mahu melihat adanya
pelumba tempatan menguasai perlumbaan akhirnya terlaksana
apabila melepasi garisan penamat dengan catatan masa 2 jam
23 minit 11 saat mengatasi Vidal Celis (Footon-servetto) dan
Rene Haselbacher (Vorarlberg-Corratec), masing-masing di tempat
kedua dan ketiga.
Bagaimanapun
Anuar menyifatkan kejayaan itu banyak didorong bantuan rakan
pasukan Guemsan Ginseng serta membabitkan barisan pelumba
kebangsaan selain dua pelumba tempatan, Ahmad Haidar Anuawar
dan Loh Sea Keong dari pasukan Marco Polo yang banyak membantu,
terutama menguasai zon pecutan pertama di Umbai.
“Saya
amat gembira dengan kejayaan ini dan berterima kasih kepada
semua rakyat Malaysia yang sentiasa memberikan sokongan kepada
rakan pasukan yang banyak bekerja keras dan juga teman seangkatan
kerana membantu saya untuk memudahkan pergerakan.
“Bantuan
daripada rakan seperjuangan membolehkan saya menyimpan tenaga
untuk melakukan henjutan terakhir ke garisan penamat dan memberi
ruang untuk memerhatikan Matthews selepas terlalu banyak bersaingan
dengan pelumba Australia itu kelmarin,” katanya.
Pelumba
berusia 24 tahun itu cukup sinonim dengan cicak mainan plastik
yang diberi nama ‘Karmen Rider’ terletak di bahagian
depan basikalnya itu berkata, peranan utama daripada pengurus
pasukan, Feng Danny yang sentiasa membuat percaturan strategi
turut menyumbang kepada kejayaannya.
Anuar
berkata, saingan semakin rancak ketika perlumbaan memasuki
2km terakhir dan semakin laju ketika perlumbaan berbaki 1km
untuk ditamatkan dengan Anuar cuba kekal dalam posisi terbaik
hasil bantuan rakan pasukan, Takeshi Igarashi dan Kim Yeong
Uk supaya mudah mencelah, terutama di 25 meter terakhir.
Bagaimanapun
Anuar perlu berhati-hati agar tidak tersingkir dalam perlumbaan
ini apabila saingan pendakian ke puncak Genting Hinglands
bermula dengan pakar pendaki akan mula memainkan peranan untuk
menenggelamkan penguasaan pelumba pecut.
<<
Back to Main |