Nishitani julang nama Asia
05/03/2010, KOSMO
SAINGAN
peringkat keempat Kejohanan Lumba Basikal Le Tour de Langkawi
(LTdL) 2010 dari Mersing ke Parit Sulong, Johor semalam menyaksikan
pelumba pasukan Aisan Racing, Taiji Nishitani muncul juara.
Kejayaan
tersebut membolehkan Nishi- tani mencatat sejarah sebagai
pelumba Asia keenam memenangi peringkat perlumbaan LTdL.
Dia mengesahkan
kemenangannya pada perlumbaan sejauh 163.5 kilometer semalam
selepas berjaya meloloskan diri dalam kelompok pecutan beramai-ramai
pada 20 meter terakhir.
"Saya
sudah pasti gembira dengan kejayaan ini. Saingan hari ini
(semalam) kurang mencabar berbanding semalam (dari Pekan ke
Mersing kelmarin)," kata Nishitani pada sidang media
selepas perlumbaan semalam.
"Kerjasama
rakan sepasukan juga sangat menakjubkan dan saya gembira semua
strategi kami menjadi hari ini.
"Cuaca
panas di Malaysia tidak memberi masalah kepada saya kerana
saya sudah biasa dan ia juga lebih kurang sama seperti di
Jepun."
Ditanya
mengenai pencapaiannya muncul pelumba Asia pertama yang memenangi
saingan peringkat LTdL 2010, Nishitani berkata: "Saya
sendiri tidak memikirkan tentang rekod atau pencapaian ini.
Saya hanya tumpukan kepada perlumbaan sahaja.
"Bagaimanapun,
saya tetap puas hati kerana mampu menamatkan perlumbaan sebagai
juara dan akan cuba melakukannya sekali lagi pada perlumbaan
seterusnya."
Sementara
itu, ada berita kurang gembira buat peminat negara apabila
jaguh pecut, Anuar Manan terlepas Jersi Hijau (Raja Pecut)
yang dimenanginya selama tiga hari berturut-turut.
Jersi
Kuning (pendahulu keseluruhan) kekal menjadi milik Tobias
Erler dari pasukan Tabriz Petrochemical yang mengekalkan kelebihan
masanya dengan menamatkan perlumbaan di tempat ke-13 semalam
manakala Peter McDonald terus unggul menyarung Jersi Polka
Dot sebagai Raja Bukit.
Perlumbaan
semalam turut menyaksikan pelumba pasukan kebangsaan, Ahmad
Fallanie Ali, melakukan breakaway (peme- cahan) selepas zon
pecutan pertama, sekali gus mengutip mata penuh di dua zon
pecutan terakhir.
Pada
peringkat kelima LTdL 2010 hari ini, pelumba-pelumba akan
diuji laluan beralun sejauh 111.5 kilometer dari Muar ke Port
Dickson dengan tiga zon pecutan dan satu pendakian.
<<
Back to Main |