Matthews sarung jersi kuning
02/03/2010, UTUSAN
KUALA
TERENGGANU – Hasil kerjasama yang baik bersama rakan
sepasukan membolehkan Michael Matthews memenangi perlumbaan
peringkat pertama Le Tour de Langkawi (LTdL) 2010 dari Kota
Bharu ke Kuala Berang, semalam.
Pelumba
dari pasukan Jayco-Skins (Australia) itu terlebih dahulu melintasi
garisan penamat walaupun cuba dikejar beberapa pelumba lain
termasuk Vidal Celis dari Footon Servetto yang memenangi tempat
kedua dan pelumba Kazakhstan, Ruslan Tleubayev.
Menurut
Matthews yang bakal memakai jersi kuning dalam perlumbaan
peringkat kedua hari ini, dia tidak mempunyai sebarang strategi
rahsia tetapi hanya mengharapkan bantuan dari rakan dan cuba
mengikut rapat walaupun pada pertengahan perlumbaan agak ketinggalan.
“Saya
merasakan kemenangan ini amat bermakna buat, ketika menghampiri
garisan penamat pelumba saling bersaing antara satu sama lain
tetapi saya mengambil keputusan untuk menghimpit ke kiri,
seterusnya memenangi kemenangan peringkat pertama ini,”
katanya pada sidang media selepas di Kuala Berang.
Jelasnya,
dia akan cuba untuk meluru ke depan esok (hari ini), bagi
mempertahankan jersi kuning yang dimenanginya, walaupun bakal
berdepan dengan cuaca panas sepanjang saingan.
“Walaupun
saya tidak menjangkakan kemenangan ini tetapi saya tetap berharap
sebelum perlumbaan agar dapat muncul juara pada peringkat
pertama.
“Ini
adalah kemenangan pertama saya dalam perlumbaan profesional,
saya akan cuba melakukan yang terbaik sehingga ke saingan
yang sukar iaitu menaiki Genting Highlands,” ujarnya.
Sementara
itu, pelumba tempatan, Anuar Manan dari pasukan benua, Geumsan
Ginseng berjaya menggondol dua jersi Raja Pecut (jersi hijau)
dan pelumba terbaik Asia keseluruhan (jersi biru).
Anuar
berjaya memenangi dua zon pecutan di Jelawat dan Kuala Besut
walaupun gagal memenangi zon pecutan ketiga di Sungai Tong,
dia mengumpul mata keseluruhan terbanyak seterusnya dinobatkan
selaku Raja Pecut perlumbaan peringkat pertama.
Melintasi
garisan penamat di tempat keempat dan muncul Raja Pecut membolehkan
Anuar muncul pelumba terbaik Asia.
Jersi
polka dot iaitu Raja Bukit dimenangi oleh pelumba Drapac Porsche,
Peter McDonald selepas yang memenangi satu dari tiga zon pendakian
di Sungai Tong.
“Saya
sebenarnya tidak perasan ada satu lagi zon pendakian tetapi
saya cuba untuk memungut mata pendakian sebanyak mungkin bagi
membolehkan saya menjadi pelumba terbaik pendakian.
“Saya
tidak pernah berlumba di Genting Highlands tetapi saya perlu
menyimpan tenaga untuk mengharunginya kerana terdapat tujuh
peringkat dalam saingan ini,” kata McDonadl.
Hari
ini perlumbaan kedua akan bermula dari Kuala Terengganu sebelum
berakhir di Chukai yang merangkumi jarak sejauh 182.3 kilometer.
<<
Back to Main |