Press Release
News Clipping
 
Ministry Of Youth and Sports


Sanctioned by:
Union Cyclisté Internationale


Asian Cycling Confederation


Organised by:
Malaysian National Cycling Federation



News Clipping


Skuad Iran, Afrika Selatan jadi penghalang utama
28/1/2009, Harian Metro

DUA pasukan yang berbeza membawa misinya sama iaitu cuba menempah nama dalam saingan edisi ke-14 Le Tour de Langkawi (LTdL) 2009 yang akan memulakan saingannya pada 9 Februari ini.

Dengan kehadiran pasukan handalan, hasrat dua pasukan negara - skuad kebangsaan dan MCF tampak sukar untuk memenuhi hasrat menduduki tempat ke-15 keseluruhan serta muncul juara Asia.

Bagi pengurus pasukan skuad kebangsaan, Amrun Misnoh beliau meletakkan sasaran untuk pakar pecut negara, Anuar Manan, mengulangi pencapaian tahun lalu selepas memberi impak di luar jangkaan apabila menempatkan diri di tempat kedua saingan peringkat ke-3 tahun lalu.

Katanya, skuad MCF pula diharap mampu menjuarai kategori berpasukan Asia dan menduduki tempat ke-15 terbaik kategori berpasukan keseluruhan berdasarkan kedudukan pelumba dalam pasukan berkenaan.

“Saingan kali ini pastinya hebat terutama daripada pasukan Iran dan Afrika Selatan. Kebanyakan pasukan yang menyertai LTdL kali ini sudah biasa menyertai LTdL,” katanya.

Amrun berkata, pelumba yang kini berpangkalan di Genting Highlands sehingga 1 Februari ini terpaksa diberi lebih banyak pendedahan kepada laluan berbukit.

“Selepas menguji empat peringkat laluan sebelum ini, jurulatih yang terdiri daripada Jamaluddin Omar dan Ng Joo Ngan mendapati laluan perlumbaan kali ini lebih banyak beralun dan Genting Highlands adalah tempat paling sesuai untuk membiasakan pelumba,” katanya.

Amrun menegaskan pemilihan pelumba tahun ini dipilih berdasarkan beberapa kriteria iaitu keupayaan, kemampuan dan pengalaman pelumba serta berpandukan ujian sistematik yang diadakan bersama Institut Sukan Negara (ISN).

Sebanyak sembilan pasukan yang mematuhi program passport biologikal menyertai jelajah Grand Tours bakal menghangatkan perlumbaan kali ini.

Antaranya empat pasukan sirkit Pro Tour terdiri daripada Garmin-Chipotle dari Amerika Syarikat, Ag2r dan Bouygues Telecom dari Perancis, serta Fuji-Servetto dari Sepanyol.

Lima pasukan Profesional Benua adalah Diquigiovanni (Venezuela), CSF (Ireland), Vorarlberg-Corratec (Austria), ISD (Itali) dan pasukan berpangkalan di Switzerland, Cervélo Test Team yang membariskan juara Tour de France, Carlos Sastre.

<< BACK





MEDIA DOWNLOAD

For any other media enquiries, kindly email to media@ltdl.com.my



© 2007 - 2009. All contents copyright © Kementerian Belia Dan Sukan. Website Developed by Creative Appetite