Press Release
News Clipping
 
Ministry Of Youth and Sports


Sanctioned by:
Union Cyclisté Internationale


Asian Cycling Confederation


Organised by:
Malaysian National Cycling Federation



News Clipping


800 juta penonton saksi LTdL
20/12/2008, Utusan Online

KUALA LUMPUR - Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) menganggarkan lebih 800 juta penonton televisyen dan pendengar radio akan mengikuti perkembangan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2009 yang dijadual berlangsung dari 9-15 Februari ini.

Timbalan Presiden PKBM, Datuk Naim Mohamad berkata, dengan jumlah tersebut, penaja untuk perlumbaan yang berstatus Hors itu akan mendapat manfaat yang amat luas ke setiap pelosok dunia.

"Sebagai sukan pelancongan, LTdL 2009 akan dapat menonjolkan kepada masyarakat antarabangsa tentang keindahan dan keunikan tempat menarik di negara ini," katanya dalam satu kenyataan akhbar, semalam.

Katanya lagi, keselamatan pengunjung ke Malaysia akan dapat dirasai dan disaksikan apabila disalurkan kepada stesen-stesen televisyen yang menyiarkan acara ini.

Naim yang merupakan Ketua Pegawai Operasi LTdL 2009 juga berkata, segala persiapan untuk kejohanan itu sedang berjalan lancar.

Perlumbaan yang memasuki edisi ke-14 itu merupakan anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama PKBM. Malaysia diwakili tiga pasukan iaitu skuad kebangsaan, MCF Team dan Le Tua

<< BACK





MEDIA DOWNLOAD

For any other media enquiries, kindly email to media@ltdl.com.my



© 2007 - 2009. All contents copyright © Kementerian Belia Dan Sukan. Website Developed by Creative Appetite