Press Release
News Clipping
 
Ministry Of Youth and Sports


Sanctioned by:
Union Cyclisté Internationale


Asian Cycling Confederation


Organised by:
Malaysian National Cycling Federation



News Clipping


Bouygues Telecom pertama umum pelumba
14/1/2009, Utusan Online

KUALA LUMPUR – Pasukan dari Perancis, Bbox-Bouygues Telecom bakal menampilkan bintang baru mereka dari Jepun, Yukiya Arashiro, pada perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2009 dari 9 hingga 15 Februari ini.

Bakat cemerlang Arashiro dikesan oleh petugas Bbox-Bouygues Telecom pada LTdL 2007 apabila beliau berjaya menduduki tempat ketujuh pada perlumbaan peringkat keempat dari Gua Musang ke Kota Baharu.

Pelumba berusia 24 tahun dari Okinawa itu juga berjaya menambat hari pasukan dari Perancis itu apabila berjaya membuktikan keunggulannya di jalan raya menerusi aksi cemerlang pada peringkat kedua Tour du Limousin dengan menduduki tempat ketiga keseluruhan pada 2006.

Pengurus pasukan, Jean-Rene Bernaudeau dalam satu kenyataan berkata, pasukan itu memiliki pendekatan yang berbeza dalam sukan berbasikal dan mereka amat berminat untuk meneroka potensi Arashiro.

Sementara itu, Arashiro, pelumba Asia pertama yang menyertai pasukan Perancis itu dalam kenyataan bersama berkata, beliau berharap untuk memenangi perlumbaan buat Bbox-Bouygues Telecom.

“Saya akan melakukan yang terbaik dalam usaha meyakinkan pasukan saya dan akan bekerja keras untuk memenangi perlumbaan peringkat dan klasifikasi keseluruhan,” tambahnya.

Arashiro yang sudah berlepas ke Thailand untuk membuat persiapan buat perlumbaan itu berkata, cuaca panas dan persekitaran di negara itu adalah sama dengan keadaan yang akan dilaluinya di Malaysia.

Le Tour de Langkawi 2009 akan menampilkan 20 pasukan, memulakan kayuhan di Putrajaya, dan berakhir di ibu negara Kuala Lumpur dengan acara kriterium di Dataran Merdeka.

Perlumbaan itu dianjurkan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) dengan sokongan kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Belia dan Sukan dan ia merupakan kejohanan yang ditauliahkan oleh Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) dan Persekutuan Berbasikal Asia (ACC

<< BACK





MEDIA DOWNLOAD

For any other media enquiries, kindly email to media@ltdl.com.my



© 2007 - 2009. All contents copyright © Kementerian Belia Dan Sukan. Website Developed by Creative Appetite