LTdL
edisi ke-14 tetap mencabar
12/12/2008,
Berita Harian
LALUANNYA tampak mudah, hanya tertumpu
kepada negeri-negeri berhampiran Lembah Klang tetapi cabaran besar
dijangka menanti semua pelumba bagi edisi ke-14 perlumbaan berbasikal
Le Tour de Langkawi 2009 (LTdL) Februari ini.
Sebanyak 20 pasukan akan memulakan
saingan dari Putrajaya ke Senawang, Negeri Sembilan pada Peringkat
1 pada 9 Februari sebelum ke Melaka keesokannya dan melakukan
kayuhan di sebahagian besar negeri berkenaan sebelum Peringkat
3 ditamatkan di Bangi.
Selepas itu, keseluruhan empat
peringkat seterusnya akan berlegar di sekitar Shah Alam dan Petaling
Jaya serta pendakian ke Genting Highlands sebelum ditamatkan dengan
acara kriterium Kuala Lumpur pada 15 Februari.
Ia jauh berbeza dengan edisi sebelumnya
apabila perlumbaan dimulakan dari utara sehinggalah ke selatan
dan ditamatkan di ibu kota dalam laluan yang merentasi sebahagian
besar semenanjung Malaysia.
Bagaimanapun situasi 'nampak mudah'
itu bingkas ditepis Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal
Malaysia (MNCF) yang juga Ketua Pegawai Operasi LTDL 2009, Datuk
Naim Mohamad yang menolak tanggapan awal bahawa ia akan menjadi
perlumbaan kurang menarik.
<< BACK
|