Press Release
News Clipping
 
Ministry Of Youth and Sports


Sanctioned by:
Union Cyclisté Internationale


Asian Cycling Confederation


Organised by:
Malaysian National Cycling Federation



News Clipping


Le Tour de Langkawi 2009 tetap berprestij
11/12/2008, Harian Metro

PENGANJUR Le Tour de Langkawi (LTdL), Persatuan Kebangsaan Basikal Malaysia (PKBM) melaungkan janji bahawa LTdL edisi ke-14 pada 9-15 Februari tahun depan akan memberi impak berbeza.

Pengarah Operasi LTdL 2009, Datuk Naim Mohamed, berkata penganjur akan berusaha untuk memuaskan hati semua pihak dan akan memastikan LTdL edisi seterusnya tetap berprestij biarpun memilih untuk tidak kembali ke Langkawi seperti yang dijanjikan sebelum ini.

Naim menegaskan, laluan bagi edisi ke-14 yang diumumkan semalam, tidak semudah seperti yang dijangkakan apabila pelumba akan mula menempuhi pendakian seawal peringkat pertama.

“Nampak mudah tapi mencabar. Pelumba akan menempuhi pelbagai cabaran seperti rintangan angin selain pendakian.

“Cabaran seperti itu sebenarnya akan buka lebih banyak saingan terutama pelumba negara untuk memberi cabaran,” katanya dalam sidang media Majlis Pelancaran Laluan LTdL.

Naim bagaimanapun menafikan laluan yang jelajah berstatus 'hors classe' tahun depan memberi kelebihan kepada pelumba negara berikutan laluan yang sering digunakan dalam sesi latihan barisan negara.

Katanya, laluan berkenaan dibuat selepas mengambil kira beberapa aspek termasuk daripada komisar yang tidak mahu terlalu banyak perpindahan berlaku.

<< BACK





MEDIA DOWNLOAD

For any other media enquiries, kindly email to media@ltdl.com.my



© 2007 - 2009. All contents copyright © Kementerian Belia Dan Sukan. Website Developed by Creative Appetite