Pelumba
kena bukti kemampuan
9/1/2009,
Utusan
Online
KUALA LUMPUR - Setiap tahun penganjuran
perlumbaan basikal jelajah berprestij di Asia, Le Tour de Langkawi
(LTdL) mendapat pujian pelbagai pihak namun prestasi pasukan kebangsaan
masih lagi belum mencapai tahap yang membanggakan.
Namun pencapaian pelumba tempatan, Anuar
Manan pada LTdL tahun lepas membuka mata semua pihak bahawa pelumba
tempatan juga mampu bersaing dan menggegarkan pentas sukan lumba
basikal antarabangsa menerusi peluang yang diberikan dan usaha
keras.
Pengerusi Eksekutif LTdL, Abu Samah Abd.
Wahab berkata, persiapan pasukan kebangsaan dan MCF Cycling Team
pada tahun ini lebih tersusun berbanding tahun sebelumnya.
"Selepas acara lebuh raya dimasukkan
di bawah program Majlis Sukan Negara (MSN), pelumba berbakat tempatan
dapat disatukan dengan menjalani latihan yang lebih tersusun.
"Sudah tentunya LTdL kali ini saya
yakin pasukan kebangsaan dan MCF Cycling Team mampu mengharumkan
nama negara tetapi senarai akhir siapa yang akan menyertainya
masih belum diputuskan," katanya.
Beliau berkata, senarai akhir 12 pelumba
itu akan dibincangkan bersama jurulatih skuad lebuh raya, Jamaluddin
Omar dan Ng Joo Ngan serta Ketua Jurulatih skuad berbasikal negara,
John Beasley.
"Semuanya belum diputuskan lagi kerana
kita hanya akan putuskan dalam beberapa siri pemilihan termasuklah
selepas membawa kesemua pelumba menguji laluan perlumbaan selama
empat hari," menurut Setiausaha Kerja Jawatankuasa Pemilihan
MNCF, Ibrahim Mustafa.
Ng Joo Ngan turut menafikan khabar angin
bahawa pelumba pasukan kebangsaan dan MCF Cycling Team yang akan
bersaing pada LTdL edisi ke-14 pada 9 hingga 15 Februari ini telah
diputuskan.
"Kami tidak mahu melakukan pemilihan
tergesa-gesa kerana kami mahu pelumba berusaha keras dengan mempamerkan
prestasi masing-masing sebelum satu perbincangan diadakan bagi
memutuskan siapa yang terpilih," katanya.
Beliau berkata senarai akhir pelumba hanya
dapat diketahui seawal Jumaat minggu depan tetapi bergantung kepada
sesi pemilihan yang akan diadakan.
Perlumbaan LTdL kali ini merangkumi jarak
1,029.9 kilometer akan mempertandingkan tujuh peringkat laluan
bermula di Putrajaya ke Senawang (perlumbaan peringkat pertama),
Senawang ke Melaka (perlumbaan peringkat kedua), Melaka (perlumbaan
peringkat ketiga); Melaka ke Bandar Baru Bangi (perlumbaan peringkat
keempat),
Petaling Jaya ke Genting Highlands (perlumbaan
peringkat kelima), Batang Kali ke Shah Alam (perlumbaan peringkat
keenam) dan Kriterium Kuala Lumpur (perlumbaan peringkat ketujuh).
Kementerian Belia dan Sukan (KBS)
serta PKBM bekerjasama menganjurkan perlumbaan LTdL 2009 yang
diberikan status Hors oleh Kesatuan Lumba Basikal Antarabangsa
(UCI
<< BACK
|