Press Release
News Clipping
 
Ministry Of Youth and Sports


Sanctioned by:
Union Cyclisté Internationale


Asian Cycling Confederation


Organised by:
Malaysian National Cycling Federation



News Clipping


Peringkat Empat uji kehebatan pelumba
3/1/2009, Utusan Online

KUALA LUMPUR - Laluan terpanjang pada Peringkat Empat laluan perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2009 dari Melaka ke Bandar Baru Bangi bakal menguji kehebatan 20 pasukan yang akan bersaing pada 9 hingga 15 Februari tahun depan.

Ketua Pegawai Operasi LTdL 2009, Datuk Naim Mohamad berkata, peringkat laluan itu akan merangkumi jarak terpanjang iaitu sejauh 222.22 kilometer.

"Bermula dari Jalan Hang Tuah, Melaka, para pelumba akan melalui laluan berhampiran pantai sebelum memulakan pendakian dan menamatkan perlumbaan di Kompleks PKNS, Bandar Baru Bangi," katanya.

Katanya Melaka sekali lagi dipilih menjadi venue perlumbaan kerana negeri itu yang dikenali sebagai Banda Raya Bersejarah yang turut mempunyai banyak produk pelancongan yang boleh diketengahkan.

Antara produk pelancongan yang menjadi tumpuan di Melaka ialah Kota A Famosa, Menara Taming Sari dan Jonker Street.

"Kita perlu ingat LTdL merupakan sukan pelancongan dan salah satu daripada objektif penganjuran ialah memperkenalkan negara ini di mata dunia. Dengan kehadiran media tempatan dan media antarabangsa nanti, keindahan negara ini juga akan dipertontonkan bagi penonton di setiap pelosok dunia," katanya.

Beliau berkata, pada peringkat empat laluan itu nanti terdapat dua zon pendakian di Bukit Tangga dan juga Genting Peres di samping tiga zon pecutan di Akademi Laut Malaysia (Alam), Port Dickson dan Seremban.

"Peluang bagi pelumba pecut dan pendaki untuk memenangi peringkat itu adalah sama dan hanya mereka yang mempunyai ketahanan yang tinggi akan menakluki peringkat empat itu nanti," katanya.

Naim turut berkata, pelumba terpaksa mengharungi Bukit Tangga yang mempunyai ketinggian 396 meter sementara pelumba terpaksa mengayuh 443 meter untuk sampai ke puncak di Genting Peres.

"Pada lima kilometer menuju ke garisan penamat, para pelumba akan mengayuh di laluan yang sedikit menurun. Oleh itu penonton boleh menjangkakan satu aksi pantas di garisan penamat," katanya.

Perlumbaan LTdL edisi ke-14 yang merangkumi jarak 1,029.9 km itu akan mempertandingkan tujuh peringkat laluan bermula di Putrajaya ke Senawang (perlumbaan peringkat pertama), Senawang ke Melaka (perlumbaan peringkat kedua), Melaka ke Melaka (perlumbaan peringkat ketiga); Melaka ke Bandar Baru Bangi (perlumbaan peringkat keempat), Petaling Jaya ke Genting Highlands (perlumbaan peringkat kelima), Batang Kali ke Shah Alam (perlumbaan peringkat keenam) dan Kriterium Kuala Lumpur (perlumbaan peringkat ketujuh).

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta PKBM bekerjasama menganjurkan perlumbaan LTdL 2009 yang diberikan status Hors oleh Kesatuan Lumba Basikal Antarabangsa (UCI)

<< BACK





MEDIA DOWNLOAD

For any other media enquiries, kindly email to media@ltdl.com.my



© 2007 - 2009. All contents copyright © Kementerian Belia Dan Sukan. Website Developed by Creative Appetite