
Acara ini merupakan satu acara berbasikal beramai-ramai sempena
Le Tour de Langkawi. Sejak ianya diperkenalkan acara ini telah
mendapat sambutan penggemar-penggemar lumba basikal. Pada edisi
2008 seramai hampir 1,000 orang peserta telah menyertai acara
ini. Pelbagai kelab dan institusi pengajian tinggi telah datang
untuk memeriahkan acara ini.
Acara
ini akan dilangsungkan pada Sabtu 7hb Februari 2009 di Dataran
Putrajaya Precint 3, Putrajaya.
- Jarak sejauh 30km di sekitar
Putrajaya.
- Peserta juga akan berpeluang
memenangi hadiah cabutan bertuah.
- Selain itu juga mereka berpeluang
bermesra dengan pelumba-pelumba professional yang akan menyertai
kayuhan itu nanti.
- Terbuka kepada semua tiada
yuran dikenakan
- Kami menggalakan penyertaan
oleh kelab-kelab dan persatuan berbasikal
Kategori 2 hadiah khas
juri
1. Kelab teramai/beruniform
2. Peserta tersenior (otai)
3. Peserta Heavyweight (berat)
Karnival Le Tour de Langkawi
Kayuhan Le Tour de Langkawi juga
merupakan salah satu acara yang disenaraikan dalam Karnival Le
Tour de Langkawi dan Putrajaya Cycle Fest 2009 yang akan berlansung
dari 7-9hb Februari 2009.
Pelbagai aktiviti seperti BMX Stunt,
Lumba Basikal , Night Challenge dan Pameran turut menjadi tarikan
sempena sambutan Le Tour de Langkawi 2009. Selain itu juga Kementerian
Belia & Sukan akan turut mempromosikan beberapa acara sukan
seperti bola keranjang 3 on 3, mini motorbike, go kart dan sukan
tradisi untuk orang ramai mencuba. Selain itu satu mini konsert
akan dipersembahkan sebagai satu lagi tarikan kepada Karnival
Le Tour de Langkawi 2009.

|